Nasib Kajang !!!!!!
PIlihan
Raya Kecil Kajang……
Seperti mana kita sedia
maklum bahawa pada Mac ini akan menyaksikan pertembungan diantara Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal ditentang oleh calon dari parti
kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN). Siapa yang dijulang menjadi juara kita
tunggu pada 23 Mac nanti.
Apa yang menjadi persoalan sekarang
adakah penduduk di Selangor sanggup menerima bekas banduan, peliwat dan kaki
pelacur sebagai pemimpin mereka. Malah setiap hari ibu bapa mahukan anak-anak
mereka menjadi orang berguna, pandai, sikap terpuji dan perkara ini disemai
ketika memberikan nasihat tanpa mengira waktu.
Bentuk sumbang yang
dilakukan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, kalau tidak mengutuk kerajaan,
menyalahkan pemimpin BN, mengambarkan itu adalah kepandaian beliau kerana
dilakukan setiap hari. Seperti apa yang
dilakukan semuanya betul dan tepat.
Anwar perlu ingat. Beliau
adalah manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan, jangan hanya pandai
membuat tuduhan, kalau kita hendak bandingkan dengan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak jurangnya amat besar.
Pernah kita melihat perdana
menteri mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin pembangkang dan serta
kalikatur. Jawapanya tidak pernah, tetapi perkara sebaliknya berlaku di barisan
kepimpinan pembangkang.
Sememangnya kerajaan yang
sedia ada boleh dikatakan tidak baik sangat, tetapi mereka sedang berusaha
untuk memperbaiki kelemahan dan kekurang yang sedia ada.
Lebih menyedihkan pasukan
yang hendak mengantikannya lebih parah dan setiasa timbul pelbagai isu ini
dapat dilihat beberapa isu panas seperti kalimah Allah, apabila mereka tidak
dapat membuat kata putus.
Habis
Comments
Post a Comment