KEHILANGAN PESAWAT MH370


Hari ini merupakan hari ke-10 kehilangan pesawat milik MAS MH370, pelbagai andaian dibuat oleh banyak pihak, tidak kurang juga yang menjadi pakar bagi menghuraikan apa yang berlaku.

Malah ada juga yang mengaitkan kehilangan pesawat berkenaan dengan parti politik, sepatutnya perkara sebegini tidak harus berlaku. Apa yang penting adalah untuk mencari dimana pesawat berkenaan adakah benar ia terhempas atau mendarat.

Ada juga teori mengatakan bahawa ia telah dirampas, bagaimanapun sehingga kini tiada mana-mana pihak mengaku dan TIADA sebarang tuntutan.

Akhirnya rakyat negara ini dan dunia membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia cuba melindungi sesuatu, tetapi hakikatnya tidak benar. Sekiranya perkara ini benar sudah tentu kuasa besar berkata sesuatu.

PELIK adalah ayat yang paling sesuai digunakan. KENAPA?, kerana kuasa besar yang berada di dunia turut gagal mengesan di mana pesawat terbabit. OLEH ITU JANGAN BUAT TUDUHAN.

Tujuan saya menulis ini bukan untuk memihak kepada sesiapa tetapi tindakan segelintir yang membuat tuduhan perlu tahu erti kata sebenar apa yang berlaku.

Cuba bayangkan perasaan ahli keluarga, bagaimana pula kalau ia terjadi kepada diri kita. Sudah pasti kita akan melenting dan marah dengan tindakan itu, begitulah mereka juga.

Pada pandangan saya kerajaan tidak berselindung dan mereka sentiasa memberikan maklumat yang lengkap mengenai perkara tersebut, ini jelas apabila Perdana Menteri sendiri turut bersama dalam usaha.

Perdana Menteri berjumpa dengan ahli keluarga, petugas MAS dan turut bersama mengadakan sembahyang hajat malah saya difahamkan beberapa siri lawatan ke luar negara turut dibatalkan.

Apa yang saya harapkan agar kita tidak membuat tuduhan dan andaian kerana mahukan sokongan sehingga mengadaikan maruah diri. Pasti kebenaran akan terserlah akhirnya.

#MH370



Comments

Popular Posts