Pilihan Rakyat PH atau BN

Rakyat kini digemparkan dengan pelbagai isu terutama selepas Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan dari Kerajaan Barisan Nasional pada Mei 2018.

Rata-rata ketika itu penyokong PH bersorak riang menyaksikan kemenangan mereka apabila berjaya menumbangkan BN ketika itu.

Bagi penyokong BN dan pemimpin mereka termenung memikirkan bagaimana perkara itu boleh berlaku, tidak kurang juga yang meratapi apabila kerajaan yang berusia 60 tahun tumbang begitu saja.

Lebih menyedihkan selepas mengambil tampuk kerajaan dari BN, ramai kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak diberhentikan dengan alasan langkah penjimatan.

Maka bermula satu episod baru oleh Kerajaan PH, apabila memberhentikan kakitangan kerajaan selain daripada membatalkan kontrak yang dibuat oleh BN bersama negara luar.

Alasan yang diberikan oleh mereka hutang kerajaan terdahulu begitu tinggi dan ini menyukarkan mereka laksana janji dalam manifesto mereka.

Pada mula penyokong mereka dapat menerima perkara tersebut, tambahan pula beberapa pemimpin BN mula dihadapkan ke mahkamah.

Namun selepas setahun menerajui kerajaan boleh dikatakan hampir 90 peratus PH gagal untuk laksanakan janji dan manifesto mereka.

Ini menimbulkan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan kerana, sebelum memerintah mereka menabur pelbagai janji, tambahan pula Menteri yang dilantik tidak mempunyai kelulusan dalam bidang pelajaran.

Lebih menyedihkan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka mencerminkan 'kebodohan'.

Manakala pemimpin BN yang dihadapkan ke mahkamah iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak banyak fakta memihak kepada beliau dan kini rakyat dapat melihat apa yang diberikan oleh kerajaan terdahulu adalah benar.

Ini selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Sokongan terhadap BN semakin meningkat, PH pula semakin merosot. Ini dapat dilihat dalam beberapa siri PRK yang mana BN menang dengan bergaya.

Kerajaan PH semakin tertekan dengan isu, dan terbaru virus dari China apabila kerajaan tetap membenarkan kemasukan pelancong dari negara berkenaan. Walaupun beberapa negara besar menyekat kedatangan pelancong dari negara terbabit.

Ini dilihat keluhan dan kebimbangan rakyat tidak diendah oleh kerajaan. 

Oleh itu anda sebagai rakyat berhak untuk membuat pilihan dalan PRU akan datang kerana kini bukti dihujung jari. Mereka boleh lihat sendiri siapa yang berkata benar sama ada BN atau PH.

Buatlah pilihan sebaik mungkin jangan jadi menang sorak kampung tergadai.

Ends


Comments

Popular Posts