Rakyat Penting atau Pelancong Penting

Rakyat melahirkan rasa kecewa dan marah apabila Kerajaan Pakatan Harapan, lebih mementingkan pelancong China daripada warga negara sendiri. Ini terbukti apabila PH tetap membenarkan kemasukan pelancong terbabit.



Kekecewaan itu diluahkan oleh rakyat melalui media sosial, malah setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh PM, TPM dan Menteri mendapat keceman mereka.

Malah ada menteri memberikan kenyataan pada media sosial menggambarkan bahawa rakyat tidak pandai dan hanya tahu memberi komen sahaja.

Beginikah sikap seorang menteri, sebelum PRU dahulu merayu sakan kepada rakyat untuk raih undi. Kini kutuk rakyat.

Apa yang penulis lihat rakyat boleh terima kemasukan pelancong terbabit, tetapi biarlah isu  Koronavirus reda dahulu.

Ini tidak, tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu seperti menggambarkan bahawa rakyat dianaktirikan. 

PH perlu ingat banyak janji gagal ditunai. Jangan ditambahkan lagi kebencian rakyat. Tempoh sepenggal bukan lama. 

Ends

Comments

Popular Posts