Kejadian ragut belum ada kesudahan


Kes ragut sememangnya tiada kesudahan walaupun pihak berkuasa menjalankan rondaan dan penguatkuasaan tetapi ia masih terus berlaku dan ia merupakan salah satu penyumbang kes jenayah di negara ini.
 
Malah ada diantara mangsa meninggal dunia akibat daripada tindakan kejam peragut. Selagi hajat mereka tidak diperolehi mereka sanggup melakukan apa saja.
 
Tindakan membanteras kegiataan ini bukan hanya terletak pada bahu anggota keselamatan, tetapi membabitkan semua pihak. Orang ramai juga diingatkan jangan jadi kepada penyumbang berlaku kejadian ragut itu.


Langkah yang boleh diambil dengan memastikan barang berharga yang dibawa tidak terdedah dan menarik perhatian penjenayah, ini kerana mereka memerhatikan pergerakan kita tanpa disedari.
 
Selain itu, sekiranya kita menjadi mangsa jangan melawan, biarlah mereka mengambil barangan tersebut kerana nyawa lebih berharga daripada barangan tersebut.
 
Pihak berkuasa juga harus mempertingkatkan rondaan ini kerana ia adalah salah satu cabang pencegahan. Bagaimanapun marilah kita bersama dalam usaha ini.
 
Dan kejadian terbaru berlaku malam tadi.
 
Isteri jurugambar parah diragut
 
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Isteri kepada jurugambar Utusan Malaysia parah akibat terjatuh semasa diragut seorang lelaki bermotosikal di Desa Pandan, Ampang di sini malam tadi.
 
Kejadian berlaku kira-kira 10 malam ketika Norhashimah Hasan, 41, isteri kepada Zaini Husin, 48, sedang berjalan ke arah kereta bersama seorang anaknya yang berusia 14 tahun selepas mereka makan malam di sebuah restoran.
 
Mangsa yang patah bahu kanan dan cedera di kepala akibat kejadian itu kini dirawat di Hospital Ampang Puteri. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular Posts