Kerajaan tawar bantuan maksimum RM30,000 melalui Skim MyHome: Najib


Kalau dakwa kerajaan tak bagus lagi aku pun tak faham. Sememangnya ada benda yang kita tidak puas hati tetapi kerajaan juga kita lihat cuba baiki kelemahan dan kekurangan yang sedia ada.
 
Jangan disebabkan hanya kesalahan kecil kita hendak marah, adakah pihak yang hendak menggantikan kerajaan sedia ada ini dapat memenuhi kehendak kita.
 
 
Oleh itu sebagai rakyat kita juga wajar menegur kerajaan, jika kita lihat hampir keseluruhan permintaan dan teguran kita diterima oleh kerajaan. Cuba kita fikirkan `Apa sumbangan kita terhadap kerajaan dan apa pula sumbangan kerajaan pada kita'.

Putrajaya: Kerajaan menawarkan bantuan kewangan sehingga maksimum RM30,000 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan untuk membeli rumah pertama.

Datuk Seri Najib Razak, berkata di bawah skim MyHome itu kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
 
Perdana Menteri berkata RM300 juta disediakan dalam Bajet 2014 untuk tujuan itu dan akan ditambah pada tahun seterusnya jika mendapat sambutan. - Berita Harian     

      

Comments

Popular Posts