Remaja kini


Remaja sekarang tidak lagi seperti dahulu, mereka lebih suka memberontak daripada memikirkan akibat daripada perbuatan yang mereka lakukan.

Adakah ini disebabkan oleh keadaan semasa atau didikan daripada ibu bapa. Jawapan ini hanya boleh dihuraikan oleh anda sendiri.

Jika kita lihat didikan ibu bapa pada zaman dahulu amat berbeza. Dari segi garang mengalahkan harimau, maki hamun dan rotan tidak pernah lari dari mereka. Hasilnya anak-anak yang terbaik sehingga jadi pemimpin.

Bagaimanapun yang menjadi persoalan kenapa cucu mereka hasil anak yang baik mereka didik berubah? Apakah faktor utama menyumbang berlakunya perkara ini.

Remaja kini lain daripada yang lain, rajuk, lari dari rumah, melawan ibu bapa dan bermacam lagi yang mereka lakukan. Marilah kita bersama mencari jalan penyelesaian.

Sama ada ia berpunca dari didikan, makanan, suasana, perjalanan semakin penghujung. Bersatu kita membantu remaja agar tidak terbabit dalam kancah yang tidak baik dan menjadi anak derhaka.


Comments

Popular Posts