Obama lawat Malaysia April ini




WASHINGTON 13 Feb. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijangka melakukan lawatan rasmi ke Jepun, Malaysia, Filipina dan Korea Selatan pada April ini.
 
Beliau akan cuba menjawab persoalan mengenai kekuatan strategik negara ini di Asia Timur dalam lawatan tersebut.
 
Lawatan Obama ke Manila dan Kuala Lumpur adalah sebagai menebus pembatalan lawatan Asia beliau pada Oktober lalu ekoran konflik politik di AS.
 
Dalam lawatan tersebut juga beliau dijangka menyentuh ketegangan kawasan maritim antara beberapa negara sekutu AS dan Asia yang meningkat apabila Beijing mengisytiharkan zon pertahanan udara di Laut China Timur. - Utusan Malaysia

Comments

Popular Posts