Nasib Kajang !!!!!!


PIlihan Raya Kecil Kajang……

Seperti mana kita sedia maklum bahawa pada Mac ini akan menyaksikan pertembungan diantara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal ditentang oleh calon dari parti kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN). Siapa yang dijulang menjadi juara kita tunggu pada 23 Mac nanti.

Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah penduduk di Selangor sanggup menerima bekas banduan, peliwat dan kaki pelacur sebagai pemimpin mereka. Malah setiap hari ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi orang berguna, pandai, sikap terpuji dan perkara ini disemai ketika memberikan nasihat tanpa mengira waktu.

Bentuk sumbang yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, kalau tidak mengutuk kerajaan, menyalahkan pemimpin BN, mengambarkan itu adalah kepandaian beliau kerana dilakukan setiap hari.  Seperti apa yang dilakukan semuanya betul dan tepat.

Anwar perlu ingat. Beliau adalah manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan, jangan hanya pandai membuat tuduhan, kalau kita hendak bandingkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jurangnya amat besar.

Pernah kita melihat perdana menteri mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin pembangkang dan serta kalikatur. Jawapanya tidak pernah, tetapi perkara sebaliknya berlaku di barisan kepimpinan pembangkang.

Sememangnya kerajaan yang sedia ada boleh dikatakan tidak baik sangat, tetapi mereka sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kekurang yang sedia ada.

Lebih menyedihkan pasukan yang hendak mengantikannya lebih parah dan setiasa timbul pelbagai isu ini dapat dilihat beberapa isu panas seperti kalimah Allah, apabila mereka tidak dapat membuat kata putus.

 Habis

 

Comments

Popular Posts