Rakyat kalau tak suka, bagi dia kalah - Tun M

Bekas Perdana Menteri menyatakan pandangan berhubung dikenakan tindakan undang-undang pada wakil rakyat yang letak jawatan.
 

 
JOHOR BAHRU 13 Feb. - Tiada keperluan untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu menggesa rakyat supaya menolak pemimpin seumpama itu, sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.
 
"Bagi saya tak perlu (pinda) undang-undang, undang-undang bukan boleh mengawal segala-galanya, sebaliknya moral manusia itu lebih penting.
 
"Rakyat kalau tak suka, bagi dia kalah. Ajar dia jangan buat dah macam ini (meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah)," katanya selepas memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan Dari Perspektif Global (ICFI 2014) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini. - Utusan Online
 

Comments

Popular Posts